Monday, January 09, 2012

dan dia menjadi bahagia.

Dan dia menjadi bahagia
berjumpa cinta dan syurga
seperti apa yang dicerita
pada luh mahfuz ada namanya.

dan dia menjadi bahagia.
dan dia menjadi bahagia.

cerita pendek antara kita
dalam syurga kita
dalam mimpi kita
kita pernah rasa bahagia juga.

Tuesday, December 27, 2011

si langit petang.

kamu,

yang dulu pernah kongsi rasa cinta
rasa bahagia
rasa percaya.

kamu,

aku masih rasa begitu.

Kamu?

Tuesday, April 26, 2011

eskapism

embun pagi mandikan hati
duduk simpuh dan alas punggung
tegah diri dari pasir yang lembut
cuba menghargai wujud angin segar
bebas kotor kota besar
dan segala hitam yang menganggu jiwa.

sepi bersulam partikel gelap
yang membentuk kejadian malam
tanpa melodi bunyi yang biasa terdengar
bebas segalanya
untuk diam dunia.

hanya tinggal yang ada.
cuma bintang terang
awan rompong
bulan indah.
dan aku masih terngadah.

petik api lalu kepul angin hembus meriah.
angin sama yang biasa melayangkan jiwa
pergi ke dunia bukan nyata
dunia entah pasti lebih senang
atau mungkin neraka.
atau mungkin juga syurga
atau mungkin kedua-duanya
tapi jelas serta terpatri
dunia jauh lebih dari indah
dari apa saja yang sedia ada.

dan perlahan-lahan
sedikit lebih sedikit
roh putus dari jasad
menerawang terbang
semakin tinggi
dan pergi ke yang tertinggi.
untuk cuba bertemu sama dia yang Azali.

bila tiba matahari jengah pagi
terbangun aku sekali lagi
memandang dengan lihat yang mungkin sedikit tinggi
faham akan kewujudan diri.

Saturday, April 16, 2011

kita tentang kerana kita punya minda.

Orang kita.
muka memang sama
darah mengalir juga
asal cipta tetap dari yang Esa.

kita konsi banyak perkara
rasa sedih juga rasa gembira
bebas pula berkata-kata
yang lucu,yang lucah juga perkara biasa.

tapi kita punya akal berbeda
bebas merayau hingga lepas ruang angkasa
juga bole simpan dalam tempurung saja
itu pilihan diri yang empunya.

ya pilihan.pilihan itu
disogok anasir-anasir dari pelbagai sumber
ada putih,ada kuning,ada merah, hitam, semua warna
di ajar di pelajar dan kemudian kita mengajar
pilihan itu kita yang punya.

di janji pula mengenai kebebasan!
ya kita orang bebas.
janji bebas untuk bersuara.
guna lidah dan segala pancaindera.
ayoh guna kebebasan kita.

kita tentang kejahatan!
kita tentang kemungkaran!
kita tentang korupsi!
kita tentang birokrasi!
kita tentang idealisma!
yang bercanggah dengan kita.
lalu terus aja.
kita tentang juga
tentang agama
tentang tradisional
tentang anti establishment kata mereka
tentang segala.

atas nama kebebasan minda.
kita guna kebebasan berakal itu.
kernai itu kita yang punya.
dan siapa yang larang kita tentang juga!

tapi bagi aku.
bodoh juga belaka~

Tuesday, April 12, 2011

fesbuk

hari ini singgah laman kamu lagi
malu mahu tegur
juga takut hantar sapa
kerna hampir pasti aku tahu
antara lidah jadi beku
atau perangai ubah jadi dungu
bila kata pertama diucap
keluar berbunyi puji semata
dan kau mungkin mula rasa curiga.

tapi memang itu rasa aku
tentang kamu
dan segalanya mengenai kamu.
yang pasti kau juga tahu.
aku yang memuja kamu.

Sunday, February 06, 2011

stuck~

You
and we
the only world that I see
is nothing more than the 18th century.

Wednesday, January 26, 2011

jalan mudah pergi neraka

Dari satu sudut ke satu sudut
hati sudah resah mahu berkawan sama takut
kaki terus melangkah tak terlihat jalan mati
mana pergi jalan dan api.

pandang belakang dari arah hadapan.

sedar diri malap sendiri
mata bersinar sudah merangkak lari arah mimpi
mahu hidup kekal abadi
lalu hidup berpaksi syaitan sejati.

zina dan takwa
pahala dan dosa
palsu dan cinta
menjadi satu dalam jiwa.

dan hari tukar hari
bulan ganti matahari
tahun muncul tak berhenti
masih lagi pegang sama
sama dosa-dosa abadi.

dan semalam hitam datang sapa
kata dia datang cabut nyawa
sudah sedia jumpa si cinta
yang lama sudah engkau lupa.

pandang semula ke hadapan.

jalan mencari api belum pasti
jalan mencari api belum pasti
jalan mencari api belum pasti

nyawa dan mimpi takkan abadi.

Wednesday, January 05, 2011

local politicians

smoke and dirt
soulless body lurks
breathing and lying
all at the same go
and feed the lies
to every little bird
of living like a turd.

die in vain
die of pain.

seribu satu mimpi malam

cerita satu malam
kisah satu ribu satu.
sunyi segala sepi
sama persis gelap mimpi.

datang awan malam
turun warna hitam
lalu terjah wangi pelangi
dan lemah puteri menari.

dan madah nyanyi puisi
selimut gundah hati
sampai datang bayu pagi
dan terjaga juga dari mimpi.

lalu aku senyum
bila pandang aku ketepi
dan terlihat puteri hati
lena cantik masih bermimpi.

chapter

I,
took one foolish step
but I ended up with one
meaningful end.

I,
found the angel I long for
but I
am now with the love I adore.

I,
second guessed my feelings for you
but I
am only a man and that is what man always do.

I,
am still thinking about you.
and the questions that lingers
of what if I and you
haunting me in the utmost beautiful.

Sunday, November 28, 2010

jatuh dari atas(satu hari sebelum mati)

awan polos enggan mahu selamatkan
diri kaku tak terkeluar lagu suara.
badan persis sekali hilang nyawa
melayang jatuh dari udara.

masih jatuh dan terus jauh
masih enggan jadi selimut
masih enggan jadi teman
setia tunggu mati jalan.

rasa sakit yang sudah galak ikut nafsu
walau tanah masih samar berjuta batu
tidak terlihat dasar mahu lepas badan
mungkin ada hanya hitam dan kabus debu.
moga cahaya aku tuju.

hanya satu pinta dan mahu.
biar jangan sampai hentak tanah.
jangan sudah tidak beralas.
jauh dari segala yang susah.

tutup mata aku.
sebelum jadi kaku.
sebelum langkah pergi.
jumpa juga dengan si Kamu.

telepati

Bicara kau.
cinta tak perlu ada.
tak harus jadi soal cerita.
mana ada itu 'aku dan dia'.

Bodoh!
mana mungkin ia harus puja?
harus apa cari
lalu sanggup mati.
demi konon gapai fantasi.

lalu dari situ kau tolak segala percaya
segala tak benar semuanya omong belaka
dan kau benci mimpi indah
dan segala yang jadikan kau dulu gembira.

kau terus mula membenci.
persoal apa saja yang subjektif
mana bukti?mana janji?
mana pergi bahasa sakti?
mata romantis?belai janji?

leceh dan kau mula belajar memerli.
biar hidup hati beku
kawal gerak tari.Konon!
buang jauh segala persepsi.
tidak perlu itu semua telepati.
yang konon asas rasa manusia jatuh itu hati.

muntah lahar segala kebencian.
kerna itu kau dan aku kenal amat yang demikian
tak perlu jadi begitu
tak perlu sebegitu beku.

Monday, October 25, 2010

this to the night.

when the heart laments
and spirit wails in sorrow
pick up the gun
shoot your head and
blow it to its pieces.

when sad becomes a good friend
and life means no worthy than your own self
go hike a mountain
and throw yourself down
to its rocky jump.

strangle to your last breathe
let the pain becomes bearable
stop wearing that stupid mask
and stand like a man you are

this to the last.
this to your night.

Wednesday, October 06, 2010

self and existance.

rainbow over her majesty fat old shadow
little rabbits do the hunting bow
macaques and their funny little show
and me and free of ever wanting more.

spiral overflowing of boring superficial things
shame on this place over the lame most horrid game
run around in an endless ring
sad faces turn on to sour
for all have been blamed.

leeches and bitches
befriend little peaches.
kappa and jengga
forever an enemy
to the world of Mika.

twinkle and wrinkle.
and I am now too old
to experience a tickle
to everything that I've been told.

iktikaf.

Di bawah bintang terang
kelip kelip malam
awan-awan jingga
naik satu sumpah.

lailahaillallah.
muhammad itu rasul Allah.

dari hembusnya satu nafas pertama
hingga tutup mata dan berakhir nyawa

dari bintang yang letaknya tertinggi
aku datang.
kepada bintang aku pulang.
dari turun utama roh suci
sampai turun malaikat jamah bumi.

lalu musnah jiwa
lalu ambil nyawa
lalu tamat satu cerita
mula cerita bintang cinta.

bintang jauh tak terhapus.
simpan rahsia di luh mahfuz.

Thursday, September 16, 2010

-

kosong.

kosong.

kosong.

kosong.

kamu.

kerana senyum kamu
buat masa kaku.
pandang mata kamu
melengkap rindu aku.
kewujudan diri kamu
mencairkan hati beku.
dan segala di dunia itu
mahukan aku dan kamu
menjadi satu.

kerana jiwa aku
mahu tetap pada kamu.


kerana masa itu
terus benci aku.
lalu antara kau dan aku
bukan dijodohkan begitu.

Wednesday, July 28, 2010

hidup dunia surreal vol 2. Romanticism.

You're the Helen I've seek
Every Juliet in your body.
the virgin I'd die for.
the one Zulaikha I have longed before.
all but one I ever adore.

matter not if the flowers die today
all the lilies and the roses
come what may.
for beauty will always lost its way
and water turns Grey
but the feeling I have for you
will always be there to stay.

be it the shadow casts its heart upon us
and death pays a visit.
only nymphs and goddesses can make real pain ache
and the sound of whisper can rake my fake.

so sing my lollipop.sing
sing when your heart ponders
sing for all the wonders
sing when you sad
and sing when your day turns bad.

for you I adore
for you I adore.

ceritakan pada matahari

ceritakan pada matahari
mana datang cahaya pagi
bila kelibat dia hanya datang
bawa sepi.
buat hari aku terus mencari.

muntah lahar bosan dari
salur galur doa
yang tak pernah berhenti
dari terus minta sinar
tentang mahukan dia
mabukkan cintanya
hauskan senyum kata
dan segalanya berkenaan dia.

ceritakan pada matahari
tentang mahu dia lepaskan nyawa
dan hirup pula jiwa lara
yang aku tahan sembahkan
untuk hidup sampai syurga.

Thursday, June 03, 2010

puisi epik si dewangga raja gunung biru.

aku sudah lesu , pilu sama dunia ini rob
mau saja aku mampir ke jesselton

.....

berenang saja ke laut
lalu teriak
lari ke hutan
lalu teriak
bilang dunia bosan-bosan
dan hidup sudah enggan kesian

.....

ya
tapi bila aku teriak ada yang nyahut..
bunyinya amat dekat
amat.
tapi sayang
tak sedekat jane di hatiku

.....

hati punya kristal sobat
keras penuh ego tak terangkat walo malaekat datang bisik berkat
setan itu tetap pasang jerat
lalu insan lemah lo tewas
mahu lo tewas sobat

.....

aku mau kawan lalu tertawan
dia menawan
sawan
lantas buat jadi lawan
tiggu awan
wan2

.....

tu tri for fie sik seven
jomblos sobat
terus jomblos biar gebus
tapi jangan jadi jomblo
kerna pasti masuk saja kemprohan nya

.....

jomblos juga yakin sama dewi
tapi pura-pura muram

.....

kerna dewi terbang langit malam
lalu elang jerit mahu tikam
dan dewi kan jadi nangis

.....

puju' , rayu teman aku
jika tidak lari lagi
mana bis dewi nangis

.....

itu kamu
lalu lo perlu kejar dewi
dan diringkus di pilus
dengan kata-kata halus
supaya dewi jadi gadis
dan gadis jadi nyawa kamu

.....

kejar sudah penat sudah
tapi dewi terbang tinggi
yakin aku sama puro2 sakti
menyusur angin mlambai diri

.....

dan perlu apa lo bersedih lagi
angin tak kan lambai kura pujangga
hanya ada cinta si keldai puitis
mahukan dewi

.....

sedih tidak tawa pon tidak

.....

lalu lo jalan saja

.....

jalan itu berkembar duri
juga dijaga roh adijagat

.....

kerna itu ko perlu gagah
lawan dengan halus pedang junjung petala
dari sakti sang garuda
lo mampirkan dia
dan dapatkan dewi itu

.....

galang nyawa aku berikan
sbg tanda cinta pada dewi
tapi
jika peluru portugis keparat
siapa mampu
mati juga geroda besi

.....

tapi apa lagi mahu alasan
itu sejarah habis buktikan
portugis bertukar permaidani
dan menjadi sembahan si belanda
kau pasti bukan kau si belanda itu nanti?

.....

tidak aku sembahkan keringat
pada bedebah pencantas mimpi
tapi aku x punya sejata
hanya menadah lengan dan kaki
kaki

.....

lalu tidak kau perasan kaki tangan itu sebaik senjata utk dibuat konklusi
yang takkan bisa makan diri
langkah sobat
teruskan langkah itu

.....

langkah ku pincang
bertongkat langit
sentap itu terlalu dahsyat
luluh semangat
hancur firasat

.....

jadi biarkan itu jadi bait sejarah
yang ditasbihkan bila kau sendiri dan sunyi
kerna kau harus tahu
pasak bumi itu kukuh
dan juga ia terhadap masa mu

.....

sama kita ya sahabat
pikul aku
tandu aku
malu aku

.....

dan langit itu cerah di siang
ditukar malam dia jadi pekat
walau buta walau mencuka
aku pikul mu walo sejagat
tumpah darah enggan tersejat

.....

dulu kenang sekarang tenang
aku minta izin dulu
lebih isi jika mahu
kurang pedih jika perlu
jumpa kamu wahai perindu

.....

lalu berganjaklah wahai si pendayu
senyumkan dalam langkah pulang
siulkan lagu cinta
kerna burung dan alam sentiasa punya jiwa

.....