Thursday, August 27, 2009

opposite attract.

men are from mars
women are from Venus.


lend me a rocket
and I turn you into a sinner.

little white dove

little dove steals my show
white and scruffy
a bit slow but always get more.

little dove shines and glow
you fly in low as you set and go
nasty you creature, you bring me sorrow.

little dove little love
once you go
you let me know.

Tuesday, August 25, 2009

menunggu kata dari tuhan

menunggu kata dari tuhan
untuk pulang kearah syurga.
jauh dari kata syaitan
lari dari jalan yang hina.
menunggu kata dari tuhan.
untuk dibuka hati hitam
dan salurkan dengan warna terang
agar dapat pulang ke jalan tenang.
menunggu kata dari tuhan.
untuk terus digerak kaki ke hadapan.
tanpa perlu toleh kiri dan kanan
untuk sampai makna syahadah yang benar.
menunggu kata dari tuhan.
agar mampu sinar tusuk ke jiwa.
mahu bersih roh yang cedera.
tidak lagi kosong rasa cinta.


inspired from Dinsman's playwright entitled "menunggu kata dari tuhan"

Monday, August 24, 2009

selalu

selepas dia jumpa aku
dari titik-titik hujan
hingga ke hilai ketawa
bermula dari langkah pertama
ke sentuhan bibir langit jingga
berakhir telah satu cerita
antara nyawa dia
dan bahasa dunia.
sedikit bergerak kedepan
lalu berhenti sebentar
untuk nyanyikan lagu syurga
yang dicipta untuk manusia.
dan masa tetap lalu
dan jiwa masih satu
dan diri tetap begitu
antara dia dan aku.

Sunday, August 02, 2009

indah

Indah….
Terasa indah.
Bila…..
Engkau berkata.
Terbanglah aku…
Keatas sana…..
Mencari syurga.
Indah….
Begitu indah..
Bila….
Kau pun berkata…
Terbanglah aku…
Mencari syurga.
Mencari cinta.
Bila ku renungkan kata mu
Kata indah dari mu
Ku tahu…
Ku cari mu..
Kata indah ku.

Monday, July 27, 2009

lilin

saya ada tiga batang lilin
satu warna biru
satu warna kuning
dan satu merah jambu.
pendek saja lilin-lilin itu
saya bagi pada kamu.
saya ada kata
jangan sekali kamu
bakarkan sumbu.
biar lawan tujuan asal lilin dicipta
biar bergelap malam tanpa awan
kamu biarkan lilin tetap begitu.

itu.

sebab saya tahu.
lilin saya harus terus begitu
tidak tercacat, terguris
jauh sekali perlu dibakar sumbu.
selagi tidak terbakar lilin dan sumbu
lilin saya akan tetap cahayakan kamu.

Wednesday, July 15, 2009

awak

awak...

awak tak cantik.
awak tak pandai.
badan awak tak sedap.
senyum awak macam sampah.
awak tak kelakar.
suke pulak buat saya marah.
baju awak lebar.
seluar jeans lipat-lipat.
bila jalan memang sepah.
cepat je saya naik menyampah.

tapi awak suka saya.
saya fikir elok jugak.
saya bukan benci awak.
jadi saya suka awak.

Tuesday, July 07, 2009

hujan larut malam

selamat datang awan tebal
malam yang gelap makin kelam
buat aku tersenyum segar
angin yang kau tunggang
mencabar getar
dengan alunan neon-neon
bergaul riang bersama kilat
garang bersilat.
lalu tegar hati kian segar
saat muntahnya lahar air-air
dari perut kamu
terus ke muka aku.
turun ke dada lalu
membasahkan nyawa
dan kau sejukkan seluruh jiwa
dan kekosongan raga.

untuk sekian lama
segalanya bebas.

Sunday, June 28, 2009

selamat sore diri sendiri

Selamat sore nyawa sendiri
masih berjaga kah saat ini
atau senyap mati enggan lagi
mahu berdiri?
matahari sudah lama bernyanyi
bayang-bayang bergolek
sebentar ke kanan sebentar ke kiri
kau masih lemah tersisip
pada alas yang di bentang
atas dasar-dasar semalam.

bangunlah diri
cukup lama aku menanti
aku enggan lagi
mahu berjumpa engkau hanya dalam mimpi
mimpi yang telah lama basi
tapi kau tak punya sedar
untuk kau fahami.

sore sudah menjelang
akal sudah cukup panjang
dulu itu kadang-kadang memang jalang
hari ini semahunya dia halang

aku faham kau diri
memang sukar untuk bangun dari ulit mimpi
lagi-lagi mimpi yang cukup indah
persis lagu syurga dipermain
di balik telinga.

tapi tak semua permainan dunia
berasas pada fantasi
tak semua boleh kau lari dari realiti
cukup datang mentari
harus bangun juga kau diri.

jadi apa kata aku ucap lagi
selamat sore pada kau diri
bila tamat ucapan aku nanti
bangun saja dan terus berlari.

Sunday, June 21, 2009

nyalaan syurga

malam semalam
kala nyawa senyap membisu
alam gelap tanpa cahaya
bisik-bisik berhenti
menjadi sekejap bisu.
unggas tidur luar waktu
bulan terang tersenyum malu
angin lembut penuh syahdu
lagu rindu untuk kamu.

kata pendek

kata pendek yang datang tiba-tiba
dari diri yang jauh tak tercapai lambai
mencuit diri yang dari dulu memuja
tapi tidak pernah punya berani
membuka langkah.

kau yang dari dulu di puja
di damba senyum itu hingga tiba senja jingga
di tatap dari jauh
di mimpikan setiap malam
di ceritakan pada sendiri
andai aku punya tempat pada hati.
kau satu-satunya pujaan hati.
sungguh.

Wednesday, June 10, 2009

Pari-pari cukup sudah engkau menangis

Pari-pari cukup sudah engkau menangis
Bumi sudah terlalu penat tadah janji
Enggan sudah mahu sama bersedih hati
Biarkan saja dia mati
Hati yang rompong sudah lama ia kosong
Bila mahu engkau isikan ia kembali
Walau berat walau pekat mahu lekat
Tolak saja biar hilang segala yang tersirat
Sudah masa gelap awan beredar lari
Untuk ditukar dengan cahaya mentari
Biar saja ia pergi
Dan berikan senyum kembali
Pada bumi yang masih teguh menanti.

Thursday, June 04, 2009

we, the mankind

The road to redemption lies upon the rainbow
beneath the holy sky
and above all its shimmering eyes.
the crossbow of every enigma
and silent imagination of life in black and white..
perception and judgment
and all that required is love
in the seven level of hell and heaven.
to ponder the depth of civilization
and toy with the feeling of fondness
that God has mysteriously placed upon
to decode by man and I.

So we start
and less we fight
till the dawn breaks the cage
Grey horizon awaits

Monday, June 01, 2009

ungunya awan

Duduk merentas waktu
akal renjat rasa
sama seperti lagu disko
malam hari
tangan dan bibir bersinkrosi
menyabit nyawa
lagi dan lagi dihembuskan
serapah tidak punya kata.

antara jasad malas dan jeriji besi
telinga tangkap bunyi merdu lagu
memanggil segala
untuk menyeru pada yang satu
dan serangga kecil juga turut setuju.

matahari sudah tidak lagi menyombong
bulan sudah galak hendak berkeroncong
untuk bintang-bintang anak yang
hanya tunggu waktu untuk bebas
dari terang yang bagai kepompong.

mata enggan berkelip
telinga masih terus menangkap
dari ulu bibir ke hilir bibir
menjauh menjadi senyum...

ungunya awan~

Wednesday, May 20, 2009

Warna kehidupan

tiada dapat kuungkapkan
hanya terima kasih di atas warna krayon
untuk kuwarnakan kehidupan yang tercantik
buat mu kerana warna itu juga
telah mewarnakan kehidupan ku
di atas kanvas perjalanan ini
hitam putih itu adalah latar kehidupan
lalu ku warnakan jingga ria
agar kau sentiasa ceria
kucalitkan biru damai
mengiringi setiap langkah mu
dan kulukis ungu persona jiwa
dibalik ayat-ayat puitis
agar dapat kau rasa seribu penghargaan
dari sekalis pandangan mata hitam ini....


Hasil Syahidah an-Nur
Manusia Terindah.

Sunday, May 17, 2009

definitely maybe

Aku takkan kisah
seberapa banyak lagi
hati yang tinggal
untuk hidup perlu kikiskan.
Takkan pernah penat
berapa lama perlu
aku tunggu
takkan pernah jemu
untuk aku hilangkan
atas seberapa
ramai nyawa yang aku
perlu hiburkan
hanya untuk ditemankan
ruang kosong yang pernah
sekali ditinggalkan.

kerana percaya tak pernah mati
walau apa atau siapa datang dan pergi.
aku pasti kau datang
dan senyum aku tidak perlu
dicipta sendiri.

aku tunggu.

Wednesday, May 13, 2009

Pemadam getah

ambil pemadam getah
dan kikis semahu-mahu
cerita tentang aku.
Tanggalkan jejak-jejak
dan biarkan ia jadi
sejarah yang tidak tertahu.
kipaskan habuk padaman itu
sapukan jauh-jauh
hingga tidak ternampak
tidak berbau.
kemudian ambil kayu warna warni kamu
lukiskan sesuatu yang baru
warnakan secantik-cantik lukisan
dan jadikan cerita romantik
yang kau tidak pernah rasai dulu
bila siap seni kamu
pasangkan senyum pada bibir
tarik nafas dalam-dalam
dan hembuskan anginnya
seperti hembusan yang tadinya kau
hembuskan untuk cerita lalu.
Bila sudah kau puas
dengan cerita baru
tinggalkan pemadam getah itu
biarkan ia disitu
dan teruslah berlalu.
bila bayang tak tinggal
bau tidak tercium
aku akan datang
untuk kutip pemadam getah
kerana pada ia
ada masih sedikit lekatan
lekatan cerita tentang aku.

Tuesday, May 12, 2009

menjejak kaki jua akhirnya

sesungguhnya setelah lama kaki menerjah langit
mencari warna terang yang tak tergapai tangan
hidup dalam angan dan kayangan
akhirnya mahu juga ia jejak ke tanah

sesungguhnya ego menguasai diri
yang dari dulu meminta datangnya jiwa
bersemadi setelah sekian lama mati
akhirnya cair juga ego besar itu

semuanya kerana bodoh yang diikutkan
semuanya kerana ayat singkat kamu.

Saturday, May 09, 2009

senyum semalam.

Berikan aku cahaya lampu
dan biarkan aku jalan dahulu
lepaskan aku kedepan
untuk aku tebaskan jalan penuh liku kamu.
endahkan segala luka aku
jangan kau risaukan aku bila nafas yang aku punya
sudah menjerit-jerit mahu matikan diri
jangan dihentikan langkah aku
bila kau tidak mahu menyiksa aku lagi
kerna aku takkan lari dari mencari senyum kamu

senyum yang aku lihat saat bila kau ada bersama aku.

You.

You,

Your face is a heroine of my addiction
a sunset of my morning thought
a quench of my hugs and kisses
a star when i was born.
Your touch is my zephyr
in the month of May
The lightning strucked my thought
when i was away from you.
the twist of my end story
and the beginning of an inevitable epic.

You.