Tuesday, March 02, 2010

Romansiyyah.

Jadikan aku Khalil Gibran kamu
yang melukiskan dari satu simbol
ke reka simbol dalam cadar putih
hidup kamu.
untuk aku kikis rasa ego
rasa sedih dan rasa cinta kamu
untuk dipeluk aku dan di ramas
bibir kamu dengan bibir aku.

jadikan aku mazhab cinta kamu
yang mengalunkan baris-baris bahasa
indah tanpa ada rasa curiga
tanpa perlu rasa resah
kerana segala yang berahi lagi romantis
akan aku alurkan pada sungai lara kamu.

dan jadikan aku matahari kamu
lalu terbangkan aku jauh ke hujung langit
biar aku lanjur ke andromeda atau
pergi saja ke awan Omega
agar sejuk dunia bergelap selamanya
jiwa aku cukup terangi nafas kamu.

Monday, March 01, 2010

soulmate

penat angin tolak hati
dari sepoi indah bahasa
hingga jadi taufan gila
dan pusing jadi bayu pagi
hingga jumpa pusar dunia.

jauh sudah hati pergi
dari satu dunia hingga jumpa Antartika
lompat dari satu benua dan turun ke benua dara
hingga jumpa puncak tua
jalan hati tak pernah mati.

berdiri kaku,lemah longlai dan kaku kembali
tertarik senyum bila ada jari jentik diri
lompat dari satu mimpi dan datang ke satu mimpi
hingga jumpa arah yang hati cari
bila dia senyum dan hulurkan hati sendiri.

siapa bilang soulmate malas cari?

Tuesday, February 23, 2010

Khemistri 101

jalan jauh-jauh
bila sudah cukup jauh
dan jalan di depanpun sudah mati
terjun dalam laut.
renang puas-puas
biar jumpa lautan Hindi
berkenalan dengan Atlantik
lepas sudah air Pasifik.
bila jumpa darat lagi
lari sampai nafas tarik nadi.

jangan di toleh leher jinjang
jangan di jeling mata yang buntang
buang segala cerita yang dulu pernah datang.
tinggalkan aku seorang.

terus dan terus berlari
jangan sesaat engkau berhenti
saat sampai hujung dunia yang kau cari
tanya pada diri sendiri...


betul mahu kau tinggal aku?

selamat malam siang hari.

dunia pusing.
masa berhenti.
jantung senyap.
nyawa lari.


pulang alam realiti.
walau niat enggan pergi.
janji tetap janji.
hidup mahu nafas lagi.


pulang dari alam mimpi
selamat malam siang hari.

Wednesday, February 17, 2010

life-support

Goodbye machines and thank you for everything
your time is up now as her breathing comes to an end
you can sure now rest and stop that endless blinking
that very one tone sound you sing.
blaring tirelessly
of love, life and its ending.

no more late night talking
no more nervous glaring.
enough of those feelings
solitary of life as human being.

Dia pergi (tentang mati)

Dan Dia pergi
Tinggal rindu dalam Diri.

Sunday, January 10, 2010

A little clown inside your heart

This little man
That stands before you
Is at lost when the road ends
And you still don’t understand.
sure the door is widely open
for you to come and visit
whenever you feel empty
I can make you happy
But I’ll make it do to the shoes I belong to
A lil bit of joke and a lil bit of tale
To make you first twitch
Then your tears will eventually fail.
And the same door will stay open.
For the end is always predictable
for I’m just a little clown inside of you.
The insignificant one inside of you.
And I am Inside of you.

Wednesday, December 23, 2009

jatuh semula dari langit.

jatuh semula dari langit
terlejepuk atas padang
rumput enggan sambut.
awan hempap badan.

gagak jelir lidah
semut ludah hina
anak anjing guling-guling
ketawa kuat-kuat.

bayang-bayang sembunyi diri
rasa tepuk dahi.
lidah gulung rapat-rapat
hati mula fikir mahu mati.

mata terbuntang pandang awan
angin singgah hantar pujuk
sapu rambut yang berdebu tak basah
perlahan selit satu baris ayat...


bodohnya kau.

Thursday, December 17, 2009

dia dan saya

Perempuan itu
dia selalu marah.
tarik muka
cebik pada setiap kata-kata
selalu dicampak barang merata.
meninggi suara
tak pernah pandang pada dua mata.

lelaki itu.
senyum tak pernah lekang.
tak pernah dia tinggal bahasa sayang.
walau ditengking cepat dia datang
tak tinggal doa dalam sembahyang.
pada dia.
perempuan itu bukan sekali perempuan jalang.


pada dia, seorang perempuan
itu bukan apa yang dia yang mahu.
pada dia, seorang lelaki
itu saja jalan cerita yang dia tahu.

Wednesday, December 09, 2009

mimpiland III

malam lepas aku mimpi kamu
untuk entah keberapa kali
kamu usik tali rindu aku
tersenyum sama seperti hari-hari dulu
mengajak aku menjadi satu.

aku saksi kamu penuh cahaya
berlari.ketawa. tidak terhenti kamu cerita
segala kisah-kisah hidup kamu
tiada satu terdetik luka.
sangat persis langit jingga.

bila siang nakal makin terpa
sesaat tukar detik kau labuhkan suara
kau kelipkan alis mata semakin hiba
dan kau gantikan dengan bahasa dunia.

kau kata...

mimpiland dunia kita.
esok lusa tunggu aku seperti biasa.

warna cahaya.

Selamat malam warna cahaya
selamat beradu mata dan jiwa
malapkan segala apa yang ada
dan nyanyi dia lagu-lagu syurga.

Friday, December 04, 2009

hati dalam almari

ambil hati
carik kain banyak-banyak
bungkus laju-laju
ikat mati dengan tali
terus simpan dalam almari.
Jangan sentuh jangan tegur
biar mata lepas pandang
biar bersawang jadi usang
hati berbungkus tegang
jangan sekali biarkan pulang.

hati dalam almari
biar jadi tontonan rasmi.

Sunday, November 29, 2009

she, whom my life beseth upon.

to she,shall i fall
shall i set my world
and shall it lingers only around her.

she, to whom shall this life ends
shall i die protecting her
shall my blood flows
shall my air blows
to whom my soul bows.

only she shall my story stores
shall my letters scribble in colours
shall my words utter the most
and my poetry perfectly grows.

to she, whom I shall lay my eyes upon
until infinity tires itself eventually
until time stops wanting for more mercy
shall I be
shall I be.

Sunday, November 15, 2009

Tinggalkan mimpi (Hidup dunia Surreal)

Biar mimpi tidur sendiri
biar malam gelap terus awan hitam
biar nyaman dunia luar
biar menjerit roh mahu tiggal badan
biar pisah air dan lautan
biar fantasi gagal terjadi
biar keluar janji berahi
biar hilang bintang datang teman
biar hilang kata bidadari sentuh hati

mata jangan lagi kau lelap
jangan kau menongkah tinggal sinar
lari kau jauh dari dunia gelap
berdiri luar dari tarik fantasi
jangan sekali kau menyerah diri

selagi nilam hadirkan diri
jangan kau tutupkan mata mahu bermimpi.

Wednesday, November 11, 2009

falling for you

heart beats
blood flows
rain falls
and the world spins.

I, standing in my room
my dark comfort room
with nothing to lose
waiting for you.

colours change
clouds wave
flowers bloom
and love looms

I, standing in my room
waiting for you
letting you
falling for you

Sunday, November 01, 2009

bermuka-muka

Berbual dengan kamu
muka aku jadi macam kamu.
jumpa dengan kawan baik kamu
aku tukar muka yang lagi satu.
keluar bersosial dengan kamu
ganti dengan muka baru.
melihat kamu sedih
muka sedih aku tukar untuk kamu.
bercerita kisah lucu
aku pakai muka hedonis kamu.

bila bukan dengan kamu
tukar lagi muka baru
keluar cerita tentang kamu
berdansa saja asal bukan guna muka kamu.
pedulik mati jujur atau tidak
kerana muka itu bukan muka aku.

muka itu bukanpun muka aku
kerana kau juga tak pernah mahu tahu
rupa sebenar muka aku
jadi kerana kamu mahu aku setuju
aku guna saja muka kamu.

Monday, October 26, 2009

petikan satu kisah.

kamu yang aku jumpa saat takdir hadir.
kamu yang aku selam jiwa saban tahun.
kamu yang aku hilang kerana matinya jalan itu
masih jauh dan kau bukanlah penamat kisahku.

mahu apa sesal kalau itu yang aku punya?
itu yang buat aku bahagia.
itu yang mengajar ku tentang cinta.
tentang tangis...
tentang jiwa
tentang bahagia.

mahu apa aku sesal dengan perkara sebegitu indah
yang kau coretkan di dalam sejarah hidup ku.
jadi apa gila aku mahu pilih kesal?
jika itu Senyum ku.
dan mahu sesal apa saat kau tetap yang satu
dan aku gembira jumpa kamu.
kerna tanpa semua itu darimu,
aku pasti kesal sepanjang nyawa ku.

Aku Rindu Kamu.

selamat datang wajah syurga

Dihimpunkan segala yang cantik
ditaburkan setiap kejora
diwarnakan segala sudut gelap angkasa
agar terang takhta di langit.

Di suburkan semua seroja
dari kasturi yang meruntun cinta
di catitkan segala kisah
dan lagu-lagu belaian jiwa.

agar tidak lagi terendah durjana
topeng-topeng syaitan belenggu hayat
nafsu-nafsu buta asal neraka
segala yang ada tentang dunia.

Selamat datang wajah syurga.

Agar putih hitam yang terpalit
diganti senyum setelah segala yang sakit
bercacah bahagia setelah tinggal sisa perit
kisah kamu di dunia nyata.

selamat datang wajah syurga

Selamlah kamu bersama cahaya
di samping mereka yang dijanjikan bahagia.
Selamat datang wajah syurga
Selamat sudah segala yang ada.

Thursday, October 22, 2009

lust.

Lust,hush.
keep the issue low
as lust is the devil's whisper blow
and no, by all means should
we follow.

seal your lips.
red cherry sweet kissing lips.
turn your back away and go
as lust is said to bring only
sad and sorrow.

Lust.

your words are ecstasy
and you body is jealousy.
fill me in quickly
as my love to you
shall not be based on lust entirely.

Wednesday, October 14, 2009

heartache.

Heartache is a bitch
a bitch I know
when I was deep
inside of you.

I hate when you smile
I long for your demise
for nothing can bring peace to me
but a heartache
you give
when you stand in front of me.

Heartache is an enemy
that I sleep together
every night
when I had to start living
away without you.

I despise your existence
your happiness of my creation
when you stepped away
and left me fumbled
to the world of miserable.

heartache is an outcast
that has to stay for a while
that why without a reason
chooses me as its companion.