Wednesday, December 23, 2009

jatuh semula dari langit.

jatuh semula dari langit
terlejepuk atas padang
rumput enggan sambut.
awan hempap badan.

gagak jelir lidah
semut ludah hina
anak anjing guling-guling
ketawa kuat-kuat.

bayang-bayang sembunyi diri
rasa tepuk dahi.
lidah gulung rapat-rapat
hati mula fikir mahu mati.

mata terbuntang pandang awan
angin singgah hantar pujuk
sapu rambut yang berdebu tak basah
perlahan selit satu baris ayat...


bodohnya kau.

Thursday, December 17, 2009

dia dan saya

Perempuan itu
dia selalu marah.
tarik muka
cebik pada setiap kata-kata
selalu dicampak barang merata.
meninggi suara
tak pernah pandang pada dua mata.

lelaki itu.
senyum tak pernah lekang.
tak pernah dia tinggal bahasa sayang.
walau ditengking cepat dia datang
tak tinggal doa dalam sembahyang.
pada dia.
perempuan itu bukan sekali perempuan jalang.


pada dia, seorang perempuan
itu bukan apa yang dia yang mahu.
pada dia, seorang lelaki
itu saja jalan cerita yang dia tahu.

Wednesday, December 09, 2009

mimpiland III

malam lepas aku mimpi kamu
untuk entah keberapa kali
kamu usik tali rindu aku
tersenyum sama seperti hari-hari dulu
mengajak aku menjadi satu.

aku saksi kamu penuh cahaya
berlari.ketawa. tidak terhenti kamu cerita
segala kisah-kisah hidup kamu
tiada satu terdetik luka.
sangat persis langit jingga.

bila siang nakal makin terpa
sesaat tukar detik kau labuhkan suara
kau kelipkan alis mata semakin hiba
dan kau gantikan dengan bahasa dunia.

kau kata...

mimpiland dunia kita.
esok lusa tunggu aku seperti biasa.

warna cahaya.

Selamat malam warna cahaya
selamat beradu mata dan jiwa
malapkan segala apa yang ada
dan nyanyi dia lagu-lagu syurga.

Friday, December 04, 2009

hati dalam almari

ambil hati
carik kain banyak-banyak
bungkus laju-laju
ikat mati dengan tali
terus simpan dalam almari.
Jangan sentuh jangan tegur
biar mata lepas pandang
biar bersawang jadi usang
hati berbungkus tegang
jangan sekali biarkan pulang.

hati dalam almari
biar jadi tontonan rasmi.