Tuesday, March 02, 2010

Romansiyyah.

Jadikan aku Khalil Gibran kamu
yang melukiskan dari satu simbol
ke reka simbol dalam cadar putih
hidup kamu.
untuk aku kikis rasa ego
rasa sedih dan rasa cinta kamu
untuk dipeluk aku dan di ramas
bibir kamu dengan bibir aku.

jadikan aku mazhab cinta kamu
yang mengalunkan baris-baris bahasa
indah tanpa ada rasa curiga
tanpa perlu rasa resah
kerana segala yang berahi lagi romantis
akan aku alurkan pada sungai lara kamu.

dan jadikan aku matahari kamu
lalu terbangkan aku jauh ke hujung langit
biar aku lanjur ke andromeda atau
pergi saja ke awan Omega
agar sejuk dunia bergelap selamanya
jiwa aku cukup terangi nafas kamu.

Monday, March 01, 2010

soulmate

penat angin tolak hati
dari sepoi indah bahasa
hingga jadi taufan gila
dan pusing jadi bayu pagi
hingga jumpa pusar dunia.

jauh sudah hati pergi
dari satu dunia hingga jumpa Antartika
lompat dari satu benua dan turun ke benua dara
hingga jumpa puncak tua
jalan hati tak pernah mati.

berdiri kaku,lemah longlai dan kaku kembali
tertarik senyum bila ada jari jentik diri
lompat dari satu mimpi dan datang ke satu mimpi
hingga jumpa arah yang hati cari
bila dia senyum dan hulurkan hati sendiri.

siapa bilang soulmate malas cari?