Jadikan aku Khalil Gibran kamu
yang melukiskan dari satu simbol
ke reka simbol dalam cadar putih
hidup kamu.
untuk aku kikis rasa ego
rasa sedih dan rasa cinta kamu
untuk dipeluk aku dan di ramas
bibir kamu dengan bibir aku.
jadikan aku mazhab cinta kamu
yang mengalunkan baris-baris bahasa
indah tanpa ada rasa curiga
tanpa perlu rasa resah
kerana segala yang berahi lagi romantis
akan aku alurkan pada sungai lara kamu.
dan jadikan aku matahari kamu
lalu terbangkan aku jauh ke hujung langit
biar aku lanjur ke andromeda atau
pergi saja ke awan Omega
agar sejuk dunia bergelap selamanya
jiwa aku cukup terangi nafas kamu.
Tuesday, March 02, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment