Saya mahu dia
Mahu kongsi rasa cinta
Mahu main cucuk mata
Mahu dia sayang saya.
Saya mahu cakap kosong
Jalan petang pegang tangan
Ketawa guling sama-sama
Tulis-tulis surat cinta bagi dekat dia.
Dia kata dia suka
Saya lagi suka dia
Dua-dua pun suka-suka
Tapi jiwa dia pulak sudah punya.
Jadi saya berhenti kaku
Tak berganjak walau setapak
Tanya pada diri sendiri
Setapak lagi dari suka
Berapa kali nak saya kecewa?
Sunday, April 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment