senyum kamu
buat aku jadi kaku
mata kamu
mahu benci aku.
kamu yang dihujung langit
dan aku jerit pekik
atas lantai bumi
baring tak termampu
henti ingin kamu.
tak tercapai jari
mahu genggam bara api
yang datang dari kamu
neraka aku.
maka beginilah.
senyum dan mata itu
tetapkan jadi begitu
biar sayu rasa layu
asal saja kau tahu
aku tetap suka kamu.
Sunday, April 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment