Sunday, November 28, 2010

jatuh dari atas(satu hari sebelum mati)

awan polos enggan mahu selamatkan
diri kaku tak terkeluar lagu suara.
badan persis sekali hilang nyawa
melayang jatuh dari udara.

masih jatuh dan terus jauh
masih enggan jadi selimut
masih enggan jadi teman
setia tunggu mati jalan.

rasa sakit yang sudah galak ikut nafsu
walau tanah masih samar berjuta batu
tidak terlihat dasar mahu lepas badan
mungkin ada hanya hitam dan kabus debu.
moga cahaya aku tuju.

hanya satu pinta dan mahu.
biar jangan sampai hentak tanah.
jangan sudah tidak beralas.
jauh dari segala yang susah.

tutup mata aku.
sebelum jadi kaku.
sebelum langkah pergi.
jumpa juga dengan si Kamu.

telepati

Bicara kau.
cinta tak perlu ada.
tak harus jadi soal cerita.
mana ada itu 'aku dan dia'.

Bodoh!
mana mungkin ia harus puja?
harus apa cari
lalu sanggup mati.
demi konon gapai fantasi.

lalu dari situ kau tolak segala percaya
segala tak benar semuanya omong belaka
dan kau benci mimpi indah
dan segala yang jadikan kau dulu gembira.

kau terus mula membenci.
persoal apa saja yang subjektif
mana bukti?mana janji?
mana pergi bahasa sakti?
mata romantis?belai janji?

leceh dan kau mula belajar memerli.
biar hidup hati beku
kawal gerak tari.Konon!
buang jauh segala persepsi.
tidak perlu itu semua telepati.
yang konon asas rasa manusia jatuh itu hati.

muntah lahar segala kebencian.
kerna itu kau dan aku kenal amat yang demikian
tak perlu jadi begitu
tak perlu sebegitu beku.