Monday, January 05, 2009

Untuk Palestin

Menangis lagi bumi palestin
disembur mortar-mortar alunan Yahudi
Tak bermata tak bernyawa
tapi rakus mencabut jiwa.
tersedak anak-anak tinggalan anbia
keliru dengan sangkaan bunga api
yang rupanya cluster menghadirkan diri
menggigit setiap daging kulit bayi-bayi
yang baru semalam mengenal bumi
termenung ibu-ibu disudut runtuhan batu
yang dulunya rumah yang didiami
mengenang masa hadapan tak kunjung tiba
si tua yang mampu
mendongak ke langit
menunggu.
bila jatuhnya anak muda mereka
ditembusi peluru yang datang dari mana.
tak ternangis lagi mata mereka
kerana airnya telah lama kering
dan lelah bertukar menjadi tenaga.
dengan segala derita.
mengangkat senjata
demi kemenangan yang mereka pasti akan tetap melawat juga.

No comments: