Wednesday, February 25, 2009

the boy with the hat

the boy who shambles at nothing
and feel like everything
is crossing the road
the road not taken
full with colours
flowery scenery
with rainbow way above his young
shimmering forehead.

with grey little hat
dancing amicably down his fantasy dreamland
he rants his old willy song
of alice in wonderland.
he casts a glance of happy ending
that has long abandon him

yet he never cares
he sways his body left and right
symmetry in waves of odd movement
waltzing in euphoric steps and sense
like a free bird.

the boy is finally free.

Tuesday, February 24, 2009

akukan kau punya.

kau bercakap seperti kau punya segala sakit
rasa kecewa semua manusia
hirisan halus pada hati hitam kau
yang punya semua dosa pahala.

kau tuliskan cerita seperti kau manusia paling jalang
enggan terima apa yang baik
apa yang mulia di sisi manusia
kononnya yang kotor itu adalah kau

kau pendam hati seperti bahagia itu sia-sia
hanya konon himpunan patah kata
yang punya tujuan membohong anak - anak kecil
yang masih ada sisa harapan pada cinta.

kau alunkan suara seperti tiada lagi apa
yang sayu dalam sulur galur hidup
bagai tingkap itulah yang kau punya
untuk seorang kau jengok.

lalu seperti kau seorang saja yang faham segalanya.

Aku yang hilang segalanya?
Aku yang punya rasa?
Aku yang pegang harapan?
Aku yang masih mahu simpan?




Kau...
Kau mungkin tak perasan
atau saja enggan toleh kiri kanan
tapi bila sampai masa
aku dan kau...
punya juga tingkap yang sama.

Sunday, February 15, 2009

bahasa syurga

kata adam pada hawa
tentang ayat-ayat cinta
segalanya mengenai syurga
dan cerita epik sang panglipulara

bahasa tak tercipta
tidak bersuara
namun punya sastera
punya semuanya.

Tuesday, February 10, 2009

nota kaki langit

terjerumus dalam bintang kejora
saat mula malam memainkan lakon pentasnya
ketika pencerita mula beradu domba
dan kau yang menari di hujung dunia.

lagu ombak yang mensisirkan puisi
membelai mutiara putihnya pantai
memetik satu persatu kunci jiwa
lalu menghayutkan jiwa kepadanya

kata hati yang karangnya tersusun rapi
tanpa gundah tanpa bahasa tapi indah
bercahaya tanpa suara namun punya rasa
tercipta untuk letaknya di takhta

dan segala yang mulia diletakkan pada senja
mewarisi dua hati yang bernoda di kaki matahari
pandang terus untuk meninjau warna
langit yang petangnya hanya antara jasad
dua cerita satu cinta.

Thursday, February 05, 2009

gelap semalam

Semalam...
dalam pekat malam tanpa bintang tanpa segalanya
jalan tidak berhaluan
tidak punya arah tuju
aku yang semakin hilang daya
terus meraba dan bertanya
apa ada lagi bahagia di dunia.

dengan sendiri membawa roh dan jasad
yang aku yakin terlalu letih
dan kaki yang enggan mahu berjalan lagi
aku berhenti juga
memasang niat menggapai bintang
dan berdoa
biarkan akhirnya aku dakap si bintang dalam-dalam

dan dalam gelap pekat itu juga
bintang mendengarkan juga lagu hati aku
menoleh akhirnya dia
setelah sekian lama
membiarkan aku
membeku bisu.

bintang berkata
"bahagia kau datang akhirnya"
aku jadi leka
"kau dakaplah sampai bila-bila"

Tuesday, February 03, 2009

leka.

tak bernyawa tapi kau menghembuskan jiwa
tak bertema tapi kau alunkan juga liang-liang irama
tak bermuka tapi kau paling tak terbanding indahnya.

kau senyum tak bersebab
terang tanpa bulan
tidur tanpa mimpi
yang hanya kosong damai
untuk nafas terus bercerita.