Thursday, February 05, 2009

gelap semalam

Semalam...
dalam pekat malam tanpa bintang tanpa segalanya
jalan tidak berhaluan
tidak punya arah tuju
aku yang semakin hilang daya
terus meraba dan bertanya
apa ada lagi bahagia di dunia.

dengan sendiri membawa roh dan jasad
yang aku yakin terlalu letih
dan kaki yang enggan mahu berjalan lagi
aku berhenti juga
memasang niat menggapai bintang
dan berdoa
biarkan akhirnya aku dakap si bintang dalam-dalam

dan dalam gelap pekat itu juga
bintang mendengarkan juga lagu hati aku
menoleh akhirnya dia
setelah sekian lama
membiarkan aku
membeku bisu.

bintang berkata
"bahagia kau datang akhirnya"
aku jadi leka
"kau dakaplah sampai bila-bila"

No comments: