Monday, August 24, 2009

selalu

selepas dia jumpa aku
dari titik-titik hujan
hingga ke hilai ketawa
bermula dari langkah pertama
ke sentuhan bibir langit jingga
berakhir telah satu cerita
antara nyawa dia
dan bahasa dunia.
sedikit bergerak kedepan
lalu berhenti sebentar
untuk nyanyikan lagu syurga
yang dicipta untuk manusia.
dan masa tetap lalu
dan jiwa masih satu
dan diri tetap begitu
antara dia dan aku.

No comments: