Monday, October 26, 2009

petikan satu kisah.

kamu yang aku jumpa saat takdir hadir.
kamu yang aku selam jiwa saban tahun.
kamu yang aku hilang kerana matinya jalan itu
masih jauh dan kau bukanlah penamat kisahku.

mahu apa sesal kalau itu yang aku punya?
itu yang buat aku bahagia.
itu yang mengajar ku tentang cinta.
tentang tangis...
tentang jiwa
tentang bahagia.

mahu apa aku sesal dengan perkara sebegitu indah
yang kau coretkan di dalam sejarah hidup ku.
jadi apa gila aku mahu pilih kesal?
jika itu Senyum ku.
dan mahu sesal apa saat kau tetap yang satu
dan aku gembira jumpa kamu.
kerna tanpa semua itu darimu,
aku pasti kesal sepanjang nyawa ku.

Aku Rindu Kamu.

selamat datang wajah syurga

Dihimpunkan segala yang cantik
ditaburkan setiap kejora
diwarnakan segala sudut gelap angkasa
agar terang takhta di langit.

Di suburkan semua seroja
dari kasturi yang meruntun cinta
di catitkan segala kisah
dan lagu-lagu belaian jiwa.

agar tidak lagi terendah durjana
topeng-topeng syaitan belenggu hayat
nafsu-nafsu buta asal neraka
segala yang ada tentang dunia.

Selamat datang wajah syurga.

Agar putih hitam yang terpalit
diganti senyum setelah segala yang sakit
bercacah bahagia setelah tinggal sisa perit
kisah kamu di dunia nyata.

selamat datang wajah syurga

Selamlah kamu bersama cahaya
di samping mereka yang dijanjikan bahagia.
Selamat datang wajah syurga
Selamat sudah segala yang ada.

Thursday, October 22, 2009

lust.

Lust,hush.
keep the issue low
as lust is the devil's whisper blow
and no, by all means should
we follow.

seal your lips.
red cherry sweet kissing lips.
turn your back away and go
as lust is said to bring only
sad and sorrow.

Lust.

your words are ecstasy
and you body is jealousy.
fill me in quickly
as my love to you
shall not be based on lust entirely.

Wednesday, October 14, 2009

heartache.

Heartache is a bitch
a bitch I know
when I was deep
inside of you.

I hate when you smile
I long for your demise
for nothing can bring peace to me
but a heartache
you give
when you stand in front of me.

Heartache is an enemy
that I sleep together
every night
when I had to start living
away without you.

I despise your existence
your happiness of my creation
when you stepped away
and left me fumbled
to the world of miserable.

heartache is an outcast
that has to stay for a while
that why without a reason
chooses me as its companion.

Thursday, October 08, 2009

pujangga dewa.

dari segala yang tercipta
indah dari setiap bintang-bintang
atas syurga
hingga serendah-rendah jiwa manusia
engkau datang bawa asmara.
dari secantik ciptaan bahasa
sastera dan madah dari sang dewa
engkau jadikan nyawa sebagai
kiasan cinta.
dari setiap bait lagu
mahu juga puisi-puisi sang arjuna
tercipta angkara punya rasa
lahir sudah srikandi pemuja.

datang bawa khabar
khabar indah sang peminta
untuk dimakbulkan segala doa
kerana dijadikan Tuhan untuk dia.

rock and roll

I crack a deck
to the sound of rat tat tat.
I see black
under my shack.

top I go
to the topsy woe

but nothing too slow
to the sound of go...go...go.

Tuesday, October 06, 2009

simpan dalam hati

kita cerita tentang dia
tentang dia yang punya rupa
cantik segala pada mata
tentang andai jadi segala yang nyata
mahu dia berdamping dengan kita?

kita cerita tentang dia
walau jauh depan mata
hanya lihat pandang rupa
tidak kenal rasa jiwa
tapi tetap kita cerita.

kita cerita tentang dia
antara aku dengan kita
hanya aku sukakan dia.