dari segala yang tercipta
indah dari setiap bintang-bintang
atas syurga
hingga serendah-rendah jiwa manusia
engkau datang bawa asmara.
dari secantik ciptaan bahasa
sastera dan madah dari sang dewa
engkau jadikan nyawa sebagai
kiasan cinta.
dari setiap bait lagu
mahu juga puisi-puisi sang arjuna
tercipta angkara punya rasa
lahir sudah srikandi pemuja.
datang bawa khabar
khabar indah sang peminta
untuk dimakbulkan segala doa
kerana dijadikan Tuhan untuk dia.
Thursday, October 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment