Sunday, November 01, 2009

bermuka-muka

Berbual dengan kamu
muka aku jadi macam kamu.
jumpa dengan kawan baik kamu
aku tukar muka yang lagi satu.
keluar bersosial dengan kamu
ganti dengan muka baru.
melihat kamu sedih
muka sedih aku tukar untuk kamu.
bercerita kisah lucu
aku pakai muka hedonis kamu.

bila bukan dengan kamu
tukar lagi muka baru
keluar cerita tentang kamu
berdansa saja asal bukan guna muka kamu.
pedulik mati jujur atau tidak
kerana muka itu bukan muka aku.

muka itu bukanpun muka aku
kerana kau juga tak pernah mahu tahu
rupa sebenar muka aku
jadi kerana kamu mahu aku setuju
aku guna saja muka kamu.

No comments: