Wednesday, May 19, 2010

Lost

aku yang telah jatuh maut
dalam ruang pekat hitam
sama renang dengan syaitan
dan cerita berdua tentang dosa
dosa indah paling terdalam.

mulakan curiga pada segala malam
abaikan hidup dalam siang
tinggal aku kerana gila
sampai syurga lalu tataplah dia.

tinggalkan jingga
kerna dia sudah bertukar warna.

khiyam.

bawakan langkah
mendaki naik lebih lagi
gunung yang tertinggi.

biar ribut biar reput
kaki hilang segala jari.
biarkan langkah terus mendaki.

jangan khuatir mati
berapa lama perlu berdiri
beku air liur mahu juga peluh keras dari besi.
terus saja naik mendaki.

dosa dosa hitam takkan mahu dia pergi
slagi enggan insaf atau mahu buang ego diri
jangan berhenti kaki melangkah pergi.

mendaki dan tunggu langit jadi seinci
bila capai kata pada diri
dia yang mahu engkau mati.

dan kau pun mula mendaki.

Monday, May 10, 2010

Qis

dalam segala yang bahagia
kau terang lebihkan cahaya
mewarnakan arus deras nafas jantung
dengan warna darah cinta kamu.

dari segala janji hipokrasi
terhadapan bahasa indah kamu
yang meletakkan segala janji itu
satu yang jujur dari kamu.

pada segala hembus nafas
kau beri dingin dan api
yang melembutkan tari roma
dari leher hingga dada aku.

bibir kamu
dan bibir aku
menjadi satu
berhenti waktu.

Sunday, May 02, 2010

my road not taken.

beautiful angels,
lollypops.
pheonix sings and Unicorns dance.
River chocolate
waterfalls.
flow like blood
and swim with dolls.
Roses bloom,
lilys yawn.
then bubbles get pop
and the sun will laugh.

snow and crowns
hover and frown

ridiculously tempting
but i only shall pass.

Ribut

Tolak

Langit malam senyumkan
kau,
dan segala yang ada pada diri dan mimpi
yang beratnya awan enggan lindungkan kau
bila bintang terang hujankan
dan embun jernih likat
ludah lalu muntahkan isi dari apa yang
kau nafi.Tolak.

Jalan

jalan biar semut hitam bencikan kau
duri tajam calarkan badan
gagak hitam sindir sinis
seluruh alam enggan lawan
yang penting kaki langkah mayat badan
jalan akhir mati bila engkau pilih untuk mati.Jalan.