Wednesday, May 19, 2010

khiyam.

bawakan langkah
mendaki naik lebih lagi
gunung yang tertinggi.

biar ribut biar reput
kaki hilang segala jari.
biarkan langkah terus mendaki.

jangan khuatir mati
berapa lama perlu berdiri
beku air liur mahu juga peluh keras dari besi.
terus saja naik mendaki.

dosa dosa hitam takkan mahu dia pergi
slagi enggan insaf atau mahu buang ego diri
jangan berhenti kaki melangkah pergi.

mendaki dan tunggu langit jadi seinci
bila capai kata pada diri
dia yang mahu engkau mati.

dan kau pun mula mendaki.

No comments: