ceritakan pada matahari
mana datang cahaya pagi
bila kelibat dia hanya datang
bawa sepi.
buat hari aku terus mencari.
muntah lahar bosan dari
salur galur doa
yang tak pernah berhenti
dari terus minta sinar
tentang mahukan dia
mabukkan cintanya
hauskan senyum kata
dan segalanya berkenaan dia.
ceritakan pada matahari
tentang mahu dia lepaskan nyawa
dan hirup pula jiwa lara
yang aku tahan sembahkan
untuk hidup sampai syurga.
Wednesday, July 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment