Dari satu sudut ke satu sudut
hati sudah resah mahu berkawan sama takut
kaki terus melangkah tak terlihat jalan mati
mana pergi jalan dan api.
pandang belakang dari arah hadapan.
sedar diri malap sendiri
mata bersinar sudah merangkak lari arah mimpi
mahu hidup kekal abadi
lalu hidup berpaksi syaitan sejati.
zina dan takwa
pahala dan dosa
palsu dan cinta
menjadi satu dalam jiwa.
dan hari tukar hari
bulan ganti matahari
tahun muncul tak berhenti
masih lagi pegang sama
sama dosa-dosa abadi.
dan semalam hitam datang sapa
kata dia datang cabut nyawa
sudah sedia jumpa si cinta
yang lama sudah engkau lupa.
pandang semula ke hadapan.
jalan mencari api belum pasti
jalan mencari api belum pasti
jalan mencari api belum pasti
nyawa dan mimpi takkan abadi.
Wednesday, January 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment