Tuesday, April 26, 2011

eskapism

embun pagi mandikan hati
duduk simpuh dan alas punggung
tegah diri dari pasir yang lembut
cuba menghargai wujud angin segar
bebas kotor kota besar
dan segala hitam yang menganggu jiwa.

sepi bersulam partikel gelap
yang membentuk kejadian malam
tanpa melodi bunyi yang biasa terdengar
bebas segalanya
untuk diam dunia.

hanya tinggal yang ada.
cuma bintang terang
awan rompong
bulan indah.
dan aku masih terngadah.

petik api lalu kepul angin hembus meriah.
angin sama yang biasa melayangkan jiwa
pergi ke dunia bukan nyata
dunia entah pasti lebih senang
atau mungkin neraka.
atau mungkin juga syurga
atau mungkin kedua-duanya
tapi jelas serta terpatri
dunia jauh lebih dari indah
dari apa saja yang sedia ada.

dan perlahan-lahan
sedikit lebih sedikit
roh putus dari jasad
menerawang terbang
semakin tinggi
dan pergi ke yang tertinggi.
untuk cuba bertemu sama dia yang Azali.

bila tiba matahari jengah pagi
terbangun aku sekali lagi
memandang dengan lihat yang mungkin sedikit tinggi
faham akan kewujudan diri.

Saturday, April 16, 2011

kita tentang kerana kita punya minda.

Orang kita.
muka memang sama
darah mengalir juga
asal cipta tetap dari yang Esa.

kita konsi banyak perkara
rasa sedih juga rasa gembira
bebas pula berkata-kata
yang lucu,yang lucah juga perkara biasa.

tapi kita punya akal berbeda
bebas merayau hingga lepas ruang angkasa
juga bole simpan dalam tempurung saja
itu pilihan diri yang empunya.

ya pilihan.pilihan itu
disogok anasir-anasir dari pelbagai sumber
ada putih,ada kuning,ada merah, hitam, semua warna
di ajar di pelajar dan kemudian kita mengajar
pilihan itu kita yang punya.

di janji pula mengenai kebebasan!
ya kita orang bebas.
janji bebas untuk bersuara.
guna lidah dan segala pancaindera.
ayoh guna kebebasan kita.

kita tentang kejahatan!
kita tentang kemungkaran!
kita tentang korupsi!
kita tentang birokrasi!
kita tentang idealisma!
yang bercanggah dengan kita.
lalu terus aja.
kita tentang juga
tentang agama
tentang tradisional
tentang anti establishment kata mereka
tentang segala.

atas nama kebebasan minda.
kita guna kebebasan berakal itu.
kernai itu kita yang punya.
dan siapa yang larang kita tentang juga!

tapi bagi aku.
bodoh juga belaka~

Tuesday, April 12, 2011

fesbuk

hari ini singgah laman kamu lagi
malu mahu tegur
juga takut hantar sapa
kerna hampir pasti aku tahu
antara lidah jadi beku
atau perangai ubah jadi dungu
bila kata pertama diucap
keluar berbunyi puji semata
dan kau mungkin mula rasa curiga.

tapi memang itu rasa aku
tentang kamu
dan segalanya mengenai kamu.
yang pasti kau juga tahu.
aku yang memuja kamu.