Tuesday, April 12, 2011

fesbuk

hari ini singgah laman kamu lagi
malu mahu tegur
juga takut hantar sapa
kerna hampir pasti aku tahu
antara lidah jadi beku
atau perangai ubah jadi dungu
bila kata pertama diucap
keluar berbunyi puji semata
dan kau mungkin mula rasa curiga.

tapi memang itu rasa aku
tentang kamu
dan segalanya mengenai kamu.
yang pasti kau juga tahu.
aku yang memuja kamu.

No comments: