kabur dan bangkit
beri aku makna bebas tanpa bosan
beri aku gembira tanpa tangisan
kerana aku telah lama di sini
menunggu seperti dungu menunggu mati
aku seperti ombak yang tidak pernah kenal erti pantai
tidak menuju, sedikit pun aku tidak lekang dari lamunan hitam ku
kosong tanpa kenal erti jemu
tapi aku tahu ada suatu yang hilang dari khazanah fikiran ku
mungkin lalang juga aku?tapi mana pergi anginnya
mungkin ketam kah aku? siapa guru yang tinggalkan ilmunya
ke hulu aku mencari
kehilir penuh setiap tanah aku redah
namun tetap kosong... yang masih dilihat tetap mata yang satu itu
tetap bangunan bongkah bertunjang satu terpekik terlolong memekik
NEW WORLD ORDER! NEW WORLD ORDER!NEW WORLD ORDER!
pelik? apa yang selama ini aku lihat.
apa yang dari dulu aku jadikan titik pusat satu keajaiban hasil tinggalan paksi hakiki?
memikirkan falsafah yang datang dari tanah rampasan itu segalanya
berjuang kononnya sifat keuniversalannya mengatasi segala- galanya
berhenti aku ketika ini...mengapa?
kenapa langkah gagah yang kononnya tanpa sempadan ini gagal terus berfungsi
aku ada visi...aku ada juang diri. malah terlalu tinggi mengatasi setiap bangunan di muka bumi.
apa lagi yang tak kena dengan diri ini?
bertolak tambah, berkorban sudah...tapi apa lagi?
sejarah...apa yang perlu lagi aku pandang tentang perkara yang dah sudah
kita menuju ke depan dan terus kedepan. kenapa sejarah?
maju lah aku sekarang, sudah tu apa lagi yang aku kurang?
jati diri yang dulu di kurnia, di pegang, di simpan kini hilang?
tidak! terlalu banyak soalan yang aku terlalu malas untuk menyimpang...
lalu beginilah aku tetap dibelenggu
dari kisah lampau yang kabur tidak tergilap entah mana titik satunya
dari mana tapak kaki ini dilahirkan dari siapa akal ini di taruhkan
kenapa kabur? kenapa begini cetek pandangan maju ku...
zariesworld
the spirit of keris
bangkit
5.36 pm
30 may 06
Tuesday, May 30, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment