baris Garis
Satu demi Satu
Membelek tanpa ragu
Sambil ukir bibirku dengan senyuman
Senyuman yang tak perlu aku gerakkan realitinya
Aku kenal kata prosa itu
Setiap butir mengingatkan aku
Kata – kata yang entah dusta entah benarnya
Tapi aku tahu
Tiada aku di sebalik bingkai sutera
Kata tulisan itu.
Aku kaji baris garis itu
Setiapnya penuh makna
Seakan –akan akulah yang hidup di dalamnya
Didalam ceritera garisan- garisan itu.
Setiap patah kata yang aku tahu dekat dengan ku
Namun tetap dan tetaplah jauh akan ia
Kerana tidak mungkin itu adalah aku.
Aku masih menghidu baris garis itu
Seakan membohongi jiwa
Tentang ada mungkin itu adalah aku
Bodoh dan jelek
Kerana hanya garis
Aku jual filosofi ku
Prinsip akal ku
Egois jantan ku
semata-mata bahagia sesaat yang pasti berlalu.
Terus berlari dari mimpi
Hasil ciptaan garis- garis yang kaku
Tanpa jiwa terhadap aku
Tanpa nyawa yang telah mati dulu
Tanpa cinta selepas aku.
No comments:
Post a Comment