kaki melangkah sama nada
menyusup jalan yang tidak bertanda tapi
hati keras memujuk teruskan sahaja.
mungkinkah?
atau hati itu bukan ia cuma bisikan syaitan yang
hanya suka menyesatkan?
tapi aku terus jalan sahaja.
Malam itu gelap.
tiada cahaya tapi aku nampak hujung sana ada bulan.
tap entah kenapa bulan nampak kecil sahaja.
malah tak seperti biasa,
cahaya bulan tak tersampai menerangi jalan aku.
entah lorong entah denai tapak kaki aku sentuh.
sebab tiada cahaya jadi jalan sahaja.
cukuplah dengan rasa selesa yang aku rasa
sebab aku tahu bila masa tiba
matahari tu muncul juga.
Thursday, June 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment