Friday, January 02, 2009

puisi CINTA cliche

Aku Adam dan kau Hawa.
Aku bulan pulang ke awan
Kau pelangi basahkan hujan.
Aku kumbang mahu kan segalanya
dan kau bunga yang aku inginkan juga.
kau laut yang aku hanyut dan renang
aku angin yang kau larut ke pantai
bila malam aku gelap segala alam
tiba siang kau lindung aku dengan bayang.

Kau langit petang aku matahari cahaya pagi
segala cerita dunia cinta
segala kisah balkis dan Sulaiman
puisi Zulaikha pada Yusuf
pesan Samson untuk Delila
Hati Uda cumbu Dara
epik Romeo dan Kasihnya Juliet
Untuk kau dari Aku.

1 comment:

ffincher said...

wonderful.