Wednesday, May 20, 2009

Warna kehidupan

tiada dapat kuungkapkan
hanya terima kasih di atas warna krayon
untuk kuwarnakan kehidupan yang tercantik
buat mu kerana warna itu juga
telah mewarnakan kehidupan ku
di atas kanvas perjalanan ini
hitam putih itu adalah latar kehidupan
lalu ku warnakan jingga ria
agar kau sentiasa ceria
kucalitkan biru damai
mengiringi setiap langkah mu
dan kulukis ungu persona jiwa
dibalik ayat-ayat puitis
agar dapat kau rasa seribu penghargaan
dari sekalis pandangan mata hitam ini....


Hasil Syahidah an-Nur
Manusia Terindah.

Sunday, May 17, 2009

definitely maybe

Aku takkan kisah
seberapa banyak lagi
hati yang tinggal
untuk hidup perlu kikiskan.
Takkan pernah penat
berapa lama perlu
aku tunggu
takkan pernah jemu
untuk aku hilangkan
atas seberapa
ramai nyawa yang aku
perlu hiburkan
hanya untuk ditemankan
ruang kosong yang pernah
sekali ditinggalkan.

kerana percaya tak pernah mati
walau apa atau siapa datang dan pergi.
aku pasti kau datang
dan senyum aku tidak perlu
dicipta sendiri.

aku tunggu.

Wednesday, May 13, 2009

Pemadam getah

ambil pemadam getah
dan kikis semahu-mahu
cerita tentang aku.
Tanggalkan jejak-jejak
dan biarkan ia jadi
sejarah yang tidak tertahu.
kipaskan habuk padaman itu
sapukan jauh-jauh
hingga tidak ternampak
tidak berbau.
kemudian ambil kayu warna warni kamu
lukiskan sesuatu yang baru
warnakan secantik-cantik lukisan
dan jadikan cerita romantik
yang kau tidak pernah rasai dulu
bila siap seni kamu
pasangkan senyum pada bibir
tarik nafas dalam-dalam
dan hembuskan anginnya
seperti hembusan yang tadinya kau
hembuskan untuk cerita lalu.
Bila sudah kau puas
dengan cerita baru
tinggalkan pemadam getah itu
biarkan ia disitu
dan teruslah berlalu.
bila bayang tak tinggal
bau tidak tercium
aku akan datang
untuk kutip pemadam getah
kerana pada ia
ada masih sedikit lekatan
lekatan cerita tentang aku.

Tuesday, May 12, 2009

menjejak kaki jua akhirnya

sesungguhnya setelah lama kaki menerjah langit
mencari warna terang yang tak tergapai tangan
hidup dalam angan dan kayangan
akhirnya mahu juga ia jejak ke tanah

sesungguhnya ego menguasai diri
yang dari dulu meminta datangnya jiwa
bersemadi setelah sekian lama mati
akhirnya cair juga ego besar itu

semuanya kerana bodoh yang diikutkan
semuanya kerana ayat singkat kamu.

Saturday, May 09, 2009

senyum semalam.

Berikan aku cahaya lampu
dan biarkan aku jalan dahulu
lepaskan aku kedepan
untuk aku tebaskan jalan penuh liku kamu.
endahkan segala luka aku
jangan kau risaukan aku bila nafas yang aku punya
sudah menjerit-jerit mahu matikan diri
jangan dihentikan langkah aku
bila kau tidak mahu menyiksa aku lagi
kerna aku takkan lari dari mencari senyum kamu

senyum yang aku lihat saat bila kau ada bersama aku.

You.

You,

Your face is a heroine of my addiction
a sunset of my morning thought
a quench of my hugs and kisses
a star when i was born.
Your touch is my zephyr
in the month of May
The lightning strucked my thought
when i was away from you.
the twist of my end story
and the beginning of an inevitable epic.

You.

Lastik awan

Berdiri aku gagah
Bersengkang mata memacak kuda-kuda.
memandang kukuh pada awan tebal
putih yang tidak mengujakan

aku jerit
aku pekik

ambil batu lalu aku lastikkan
keatas
biar bodoh dilihat pada aku
biar tuli dari cacian terutus buat aku
janji kau awan dapat tahu
janji terdengar jeritan aku
biar sampai akhir batu lastikan aku
tujuan hanya satu

Kembalikan langit petang aku!

Tuesday, May 05, 2009

hidup dunia surreal

Hidup dunia surreal
ada bunga warna warni
pelangi lintas atas bumi
pokok cotton candy
air coklat campur strawberry.

Hidup dunia surreal
burung pheonix terbang tinggi
makhluk pelik comel menari
kuda unicorn seronok menyanyi.

Hidup dunia surreal
Bila bidadari jentik hati.

Monday, May 04, 2009

only First

If only First comes last
Mind presides us
Death be more fun
and the shadow can run


and there will be no more war
No more killings
end of prejudice
and we can all live in peace.

If only First comes last.
If only.

Bila bidadari lawat syurga

Awan putih enggan pergi
angin berhenti dari menyanyi
hijau darat jadi wangi
air laut berhenti menari

masa jadi saksi
enggan berdetik

Bunyi jadi sunyi
menenangkan segala yang asyik

Bila bidadari lawat syurga.