Berikan aku cahaya lampu
dan biarkan aku jalan dahulu
lepaskan aku kedepan
untuk aku tebaskan jalan penuh liku kamu.
endahkan segala luka aku
jangan kau risaukan aku bila nafas yang aku punya
sudah menjerit-jerit mahu matikan diri
jangan dihentikan langkah aku
bila kau tidak mahu menyiksa aku lagi
kerna aku takkan lari dari mencari senyum kamu
senyum yang aku lihat saat bila kau ada bersama aku.
Saturday, May 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment