Wednesday, May 13, 2009

Pemadam getah

ambil pemadam getah
dan kikis semahu-mahu
cerita tentang aku.
Tanggalkan jejak-jejak
dan biarkan ia jadi
sejarah yang tidak tertahu.
kipaskan habuk padaman itu
sapukan jauh-jauh
hingga tidak ternampak
tidak berbau.
kemudian ambil kayu warna warni kamu
lukiskan sesuatu yang baru
warnakan secantik-cantik lukisan
dan jadikan cerita romantik
yang kau tidak pernah rasai dulu
bila siap seni kamu
pasangkan senyum pada bibir
tarik nafas dalam-dalam
dan hembuskan anginnya
seperti hembusan yang tadinya kau
hembuskan untuk cerita lalu.
Bila sudah kau puas
dengan cerita baru
tinggalkan pemadam getah itu
biarkan ia disitu
dan teruslah berlalu.
bila bayang tak tinggal
bau tidak tercium
aku akan datang
untuk kutip pemadam getah
kerana pada ia
ada masih sedikit lekatan
lekatan cerita tentang aku.

No comments: