Sunday, October 26, 2008

World...another beginning

The world crumbles as man sacrifices the wisdom.
attached to them spirits.
the kindred memory.
insignificant and redundant.
the eventually.
it goes on and just on.

the world is ending.
and man knows nothing.
waiting patiently.
for world to struck revenge.
hits back at the misery
and resume to the vow of judgement.

to witness the assembly.
and smile back to us lots.
pathetic sad little humble souls.
we all deserve the inevitable verdict.
for what we intentionally did.
for everything we all did.

and when it all ends.
maybe the once strong wind
will blow the one horn back.
and give the live to those who actually deserve
hence gamble its long foretold fate.

and green lives on.

Tunggu Sebentar

Cinta...
Kau rindu aku tidak?
ada walau sesaat kau terfikir mahu singgah.
jenguk-jenguk aku walau satu saat.
dalam seluruh dunia.
kalau aku mahu kau singgah.

Cinta...
kalau hari telah jadi ceria.
kau bagaimana?
mahu kau berhenti sekejap.
memberanikan diri
kalau-kalau aku sudah bosan sendiri.

Kau cinta?
tidak pernah bosan atau saja.
bekerja keras membanting nyawa
untuk hati-hati
yang mungkin tidak berhak untuk kau puji.

datanglah.
jenguk-jenguk kalau aku punya masa.

Cinta...
aku tahu kau cukup sediri.
misteri tak berbelah bahagi.
lebih tahu dari semua hati.
kerna tuhan letak ilmu itu untuk kau yang punya.

kita berdua juga masing-masing tahu.
antara kau dan aku.
banyak hari lagi harus kau tunggu.
kerna aku masih senyap untuk mahu.

Wednesday, October 22, 2008

cukup sudah...kau pergilah

Udah kau berhenti sahaja
meluat cukup sudah dengan segala kebobrokan panji-panji palsu
kata-kata nista kau kononnya seorang pembawa kepala
tapi yang kami nampak hanya nyawa gilakan harta

bebelan karut persis ular bercabang lidah
menyalak bukan untuk hantu
bukan pada anjing
bukan untuk pandang di bawah.

namun janji kosong tak pernah sudah.
kami sudah cukup bosan
bosan menanti tumbang dan karam kapal kamu
biar mati lemas
mati tinggal ajal
mati tak tentu pasal
asal kau pergi
sudah puas cukup hati
hidup kami takkan ada kesal.

Sunday, October 19, 2008

life and death

the calling of which is certain
in days full of mirages
uncertainties speak its true colours
naked...

time holds still
sky turns to pitch black
untill its ready to open the gap
and all hell breaks loose.

there is a storm inside the heart
clouding the judgement of the betterment
when misery come and visit
we, human will fall and sprawl.

Wednesday, October 01, 2008

mimpi aku

aku baca satu demi satu karangan puisi kamu itu
cuba sampai mati mahu mengerti apa makna mudah
di balik kata-kata indah kamu yang aku anggap puteri syurga
memujuk ego dalam diri yang itu semua tak berkaitan dengan aku
tapi entah kenapa.
aku rasa kau dekat dengan aku.
aku kenal simbol yang dulu aku dan kau lukiskan
suatu masa ketika aku pandang mata kau dalam
dan kau mengerti lalu senyum
dan waktu petang indah jadi simbol sampai maya tutup mata.
aku mahu bait itu untuk aku
kerana hati kuat berkata begitu
dunia yang aku ciptakan untuk kita
kau ungkapkan secara bayang malam.
anggap saja aku gila
atau mengajar perasaan menjadi bodoh semata
tapi aku tahu kata itu untuk aku
dan aku mahu kau tahu
aku tunggu kau di dunia itu.

kerana fajar itu adalah aku.
kerana mimpi itu untuk aku
kerana aku rasa kamu
dan rasa aku tak mungking membohongi aku.

saying

nobody knows
what tomorrow brings
but why don't
we just try

aku mati

kalaupun esok aku mati
kau mahukah lawat aku?
datang cari aku dan pulangkan senyum aku kembali
kalaulah kau datang
kau sudi buang masa dengan aku
mahu kau teman aku
dan buang buang hidup kau yang satu itu?
kalaupun kau teman aku
janji kau pada aku
tetap juga kau simpan sampai jadi api
aku tetap mati juga.
mati seorang diri.....

puisi cinta

pergi matahari datang dan pergi
datang bulan lindung gelap
rindu hari pada malam
hilang arah angin hampa
cinta adam pada hawa
rindu uda kelibat dara
renung Yusuh luruh Zulaikha
tawan balqis dari Sulaiman
akan datang segala nista
bila cinta gagal lara
bila lara jadi hina
si kaya tidak berjiwa
andai jiwa gagal cinta
berhenti kata seluruh maya
dalam mata ada syurga
hilang rindu cambah setia
ada semua ada cinta
antara aku dengan dia

ramadhan

tingkat dua bas double decker
tadi sebelah ada tetamu tapi entah apa berlaku
tetamu tak muncul lepas bas berenti rehat ambil waktu
bas meluncur atas jalan luas
mungkin dulu tak terlintas akal
mungkin ini hasil asal
yang kini entah sejarah entah sampah
aku antara sibuk isi karang puisi dalam
perut bernyanyi kosong
maklum musafir ketika hari-hari bulan puasa
sebentar tadi baru lepas jentera besi penuh isi.
dan aku pasti aku masih di kawasan berhampiran
asal darah aku tumpah
lontar pandang jauh ke luar
aku lihat awan lihat langit lihat alam
entah kenapa hati redup antara waktu aku pandang
dan matahari jatuh tukar bulan
menonon semut besi berlainan warna bertukar ganti
sambil telinga harung segala kata anak muda
tempoh masih jauh masih awal jalan aku
masih banyak hadiah tuhan untuk aku simpan dalam hati
bila sampai semua sudah bertukar ganti
dan aku yang tak berhati
sambung hidup macam biasa
sampai waktu diri datang dan aku juga hidup kembali.