aku baca satu demi satu karangan puisi kamu itu
cuba sampai mati mahu mengerti apa makna mudah
di balik kata-kata indah kamu yang aku anggap puteri syurga
memujuk ego dalam diri yang itu semua tak berkaitan dengan aku
tapi entah kenapa.
aku rasa kau dekat dengan aku.
aku kenal simbol yang dulu aku dan kau lukiskan
suatu masa ketika aku pandang mata kau dalam
dan kau mengerti lalu senyum
dan waktu petang indah jadi simbol sampai maya tutup mata.
aku mahu bait itu untuk aku
kerana hati kuat berkata begitu
dunia yang aku ciptakan untuk kita
kau ungkapkan secara bayang malam.
anggap saja aku gila
atau mengajar perasaan menjadi bodoh semata
tapi aku tahu kata itu untuk aku
dan aku mahu kau tahu
aku tunggu kau di dunia itu.
kerana fajar itu adalah aku.
kerana mimpi itu untuk aku
kerana aku rasa kamu
dan rasa aku tak mungking membohongi aku.
Wednesday, October 01, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment