Cinta...
Kau rindu aku tidak?
ada walau sesaat kau terfikir mahu singgah.
jenguk-jenguk aku walau satu saat.
dalam seluruh dunia.
kalau aku mahu kau singgah.
Cinta...
kalau hari telah jadi ceria.
kau bagaimana?
mahu kau berhenti sekejap.
memberanikan diri
kalau-kalau aku sudah bosan sendiri.
Kau cinta?
tidak pernah bosan atau saja.
bekerja keras membanting nyawa
untuk hati-hati
yang mungkin tidak berhak untuk kau puji.
datanglah.
jenguk-jenguk kalau aku punya masa.
Cinta...
aku tahu kau cukup sediri.
misteri tak berbelah bahagi.
lebih tahu dari semua hati.
kerna tuhan letak ilmu itu untuk kau yang punya.
kita berdua juga masing-masing tahu.
antara kau dan aku.
banyak hari lagi harus kau tunggu.
kerna aku masih senyap untuk mahu.
Sunday, October 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment