Waktu belum menangis untuk kau tinggalkan nyawa.
sendirian tak berteman
kosong terperap dalam sangkar buruk lagi busuk.
jiwa kosong menunggu panggilan
kau bukan manusia mudah berhenti jalan
dan serahkan segalanya pada tuhan.
tak tertiup sangkar kala untuk kau mengeluh
lalu mendongak awan.
tanah subur tinggalan pejuang
untuk semua lumpur dan keringat peluh.
masih basah untuk kau cepat lepaskan
lawan kau tetap lawan
kerana itu yang engkau pegang.
minum sisa ilmu pegangan imam.
sampai hari bila bumi terlalu jelek untuk jadi saksi
atas segala seksaan, hinaan malapetaka segala tuduhan
yang kau terima.
dan bila akhirnya badan jatuh tinggal nyawa.
berhenti juga ia untuk kau bernafas semula
dan tiap nyawa yang pergi datang semula
lalu bawa kau masuk syurga.
dan pasti tersenyum bukan kerana itu yang kau mahukan
kerana jalan itu hampir sampai ke penghujungnya.
Monday, November 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment