Saturday, September 26, 2009

bendera putih

bendera putih itu
yang berkibar
berlingguk di bawah langit
menari-nari tanpa henti
kerana sang angin gemar amat
mahu teruskan menyanyi
bukan untuk kamu.

bendera putih itu
sarat dengan warna warni
dari segala ciptaan
yang pernah diinginkan
bukan untuk kamu.

bendera putih itu
kosong tanpa hati
tidak berjasad lagi
kerna ia bukan
untuk kamu.

bendera putih itu
untuk aku
kerna jelas kali ini
kau bukan aku lagi.

No comments: