Saturday, September 26, 2009

lelaki

aku cukup benci
bila mahu kau anggap
aku ini yang bukan-bukan
tidak tepat ramalan
tidak pegang segala janji
hanya tahu berfikir diri
bertafakur malam dan hari
hanya untuk faham hati.

aku cukup mahu mati
bila segala simpati
harus dihulur pada apa yang kau curi
setiap hari
untuk kau dan kau lagi
dan tetaplah kau sampai semua jadi lali

aku cukup jijik
bila kau mahu aku jalan
berdabik dada
mendongak langit
tapi mahu gerak aku
tidak lari
bila berdepan jalan mati.

aku cukup sudah lali
dengan pandangan kau beri
sekejap ke kanan sekejap ke kekiri
hanya atas satu alasan
yang aku ini sempurna lelaki.

bila kau yakin sendiri
ada kau fikir tentang lelaki?

No comments: