Bila saya tanya kamu
jawapkah kamu soalan itu?
atau diulang
di kaji
mahu melepaskan segala janji
dari beban soalan tadi.
mahu berdalih kah?
terus mundar lalu mandir
sama sekali
persis pandir
jawap saja
jangan mengelih
cuba menuding jari
kembali pada tuan empunya
soalan pertama
dan mahu terus beraksi
berlakon sama diri sendiri
dan hambur caci maki.
saya kenal kamu
bagai kamu kenal saya
jadi bila soalan ditanya
jawap saja sudahlah ya.
Sunday, September 06, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment