Wednesday, December 10, 2008

Aku...benci

Aku amat benci luar dalam jasad ini
setiap inci kulit hitam setiap kali nafas aku lepas
mahu aku muntah pada wajah ini
mahu aku lapah sampai mati.
ludah kesemua apa yang ditegah
dan buang segala damai mimpi.
aku enggan jasad ini lagi.
kerana ianya bukan apa hanya kosong sunyi semata.
setiap senyum hilai ketawa palsu belaka.
hanya campuran segala watak yang dulu aku pentaskan.
pergilah!
pergi saja kerana telah putus sudah segala asa.
dan aku sudah enggan mahu lagi...

No comments: