Monday, December 22, 2008

senjata pemusnah alam

bergegar gempita seluruh insan bumi
dengan perkhabaran cerita yang mungkin memberhentikan
segala waktu
mengenai pertemuan akhirnya
ciptaan kuasa jahat
yang mahu menghancurkan dunia
lantas lahir terus pula sinar hidup baru
yang akhirnya perang akan berlalu
yang mungkin mati tidak perlu dijenguk lagi
atau mingkin selamat sudah anak cucu.

akhirnya tamatlah derita derita seluruh dunia
kerana senjata sudah diketemu
senjata penghancur alam yang maha jahat
tamat segalanya.
perang dunia

benar!
memang menang sudah kita.
akan hidup aman damai.
untuk semula menyambung cerita hidup.
tahniah sang ketua.

kasut itu mampu menamatkan jutaan jiwa manusia.
jadi esok kita boleh tidur lena ya?

No comments: