malam ini senyum kau datang lagi
seperti semalam kelmarin dan hari-hari yang selalu
kau dekat dengan aku
dan kau tetap bisikkan kata-kata jiwa lagu
kau ceritakan kisah-kisah hidup kamu
dan kau mahu aku kongsikan cerita hari dan waktuku
dalam senyap malam antara kau dan rindu.
kau sendakan jari-jari nakal melayari haus batin
yang semakin hampir antara nafas kau dan aku
menutup segala ruang untuk masa berlalu
dan masa diam membisu
yang wujud hanya senyum itu.
seperti semalam.
hari-hari lalu dan esok yang aku tunggu.
ya.ini untuk kamu.
Monday, December 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment