Friday, March 13, 2009

fikiran jalan mati.

Jari tak henti menari
mencari biji-biji papan tekan usang
yang masih gagah berbakti
mahu bercerita tentang manusia dan segala isi hati.
Fikiran enggan berhenti
dari satu potret ilham hingga hendaknya
bertemu jalan mati.
ingin diungkap apa erti mimpi
dari satu pintu ke pintu
hingga sedarnya aku.
duduk kaku bagai bebal
menunggu penuhnya ruang tulis kata hati
yang entah punya kata akhir
entah punya tanda tamat
langsung tidak terfikir.


...............
..................
...................

No comments: