tuliskan semua cerita semalam
yang memeritkan jiwa
dan dahagakan kata-kata
yang bisa sahaja kau ungkapkan.
indahkan jalan ceritanya
dan letakkan bunga-bunga
dari setiap jenis yang Tuhan telah
jadikan
untuk kau permudahkan jalan keluar
yang terlalu sukar engkau kongsikan.
dari bait ke bait kau selerakan
pendengaran aku
dengan tanda-tanda yang kau belajarkan
untuk aku tumpang sebentar kesedihan
yang kau ciptakan.
bila tamat segala karangan
beredarlah segera
kerana cerita engkau tetap saja cerita
dan aku hanya mampu memandang.
Tuesday, March 03, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment