menari bersama bintang
dalam pekat malam semesta alam
ciptaan tuhan yang membelenggu
hati bila langit tidur dan bumi
mencari mimpi.
Aku bersama bintang
jauh terperosok di hujung langit ke tujuh
bersama bola-bola cahaya disko
yang memandikan aku dengan lagu
lagu jiwa kiasan bahasa Sinatra.
dengan langkah tersusun dan
tangan yang berpaut pada bintang malam
kala pungguk hanya mahu melihat bulan
aku yang bersama bintang terus menari
bagai satu epik yang masih tertulis ayat-ayatnya
pada ketika tiada siapa yang tahu
apa tertulis di helaian
mati cerita cinta.
menari bersama bintang dan pulang bila subuh tiba.
Tuesday, March 03, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment