kau yang aku tak tercapai
walau langit sedia sudah jatuh ke riba
mahu hujan lengahkan tidurnya
kau tetap angin yang berlalu
kau yang cantik dalam segala yang buruk
terlalu menarik untuk aku bunuh
kata hati aku
tentang perkhabaran datangnya kamu.
andai kau pulangkan rusuk aku
dijadikan Dia untuk aku
mahu kau lekatkan angin dan segala yang kotor
dan ulit pada tubuh aku?
andai kau lakukan semua itu
buang segalanya demi aku
kau pasti aku mahu terima kamu?
Tuesday, March 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment