Sunday, April 26, 2009

alasan

Tunggu sekejap
kerana aku belum punya rasa
belum punya wang untuk membela
belum punya masa untuk aku jadi hamba

Tunggu sekejap
mungkin ada lagi untuk esok
ada calon punya wajah
punya ceria
punya bahagia
punya fizikal
punya cerita yang lebih sempurna

Tunggu sekejap
muda aku datang hanya sebentar
tak mungkin ada esok mahu lusa
gembira yang saban hari perlu disebar
takkan mahu aku tinggalkan?

No comments: