Friday, April 10, 2009

krayon

warnakan kanvas hidup dengan krayon kamu
limpahkan segala warna yang kau fikir
terbaik untuk aku.
coretkan satu persatu garis
dan lukiskan satu persatu
watak yang kau fikirkan tercantik
buat aku.
campakkan segala batang-batang krayon kamu
dan biarkan mereka berbaringan di atas lantai
bila kau fikirkan warnanya sesuai
gunakan krayon itu
dan warnakan hidup aku.

bila sudah kau warnakan semuanya
pinjamkan aku krayon itu

aku mahu warnakan hidup kamu
dengan warna yang sama seperti aku.

No comments: