menceritakan tentang cerita
tentang segugus rasa
dan apa yang ada dalam bahasa
lalu dijadikan bait-bait yang mahu diumpamakan.
bermula dengan metafora
dan diberikan nyawa dengan persona
untuk petang yang mendatang
minta dibawa langit-langit yang terang.
bila langit mula bernyawa
huraikan pula jalan ceritanya
semaikan patah-patah ayat
dan sediakan noktah pada akhirnya.
hamparkan dunia dan siat-siatkan
makna yang tersirat.
permudahkan jalan-jalan
yang menuju kearahnya
supaya mudah dibaca cerita tentang syurga.
Wednesday, April 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment