Friday, April 04, 2008

Aku, Menyesal?

aku tak pernah menyesal
kerana bertemu denganmu
di program kecil gedung ilmu itu.
tidak juga kesal ketika kau potretkan
bingkai kayu itu untuk aku.
aku tak pernah kesal berkencan denganmu.
tak pernah kesal ketika aku cium bibir mu tika kencan
pertamu ku bersama mu.
aku tak pernah ada kesal bila aku jeritkan
lafaz cintaku atas bangku simen
bangunan kayu tua itu.
dan sekalipun tidakkan aku kesal
memilih mu dari kasih model ku.
aku tak punya sesal bila aku
berebutkan tangan mu dan bila
aku rampas mu dari lelaki kaya angkuh itu.
tak sesal juga bila aku jalan bersamamu tiap dinihari
sekitar halaman sambil mengagumi rumah besar
dan tersenyum melihat matahari menari sambil labuh diri.
aku tak pernah menyesal ketika kau pergi jauh
dan aku tunggu hujung minggu kerna aku mahu melawat mu.
tak menyesal bila orang bicara tentang kamu punya hubungan
dengan teman rapat ku.
aku tak menyesal kerana aku percaya kamu.
sekali-kali aku takkan menyesal bila melihat mu
beraksi di atas pentas dengan segala potensi
yang ada pada mu.
walau ketika itu teman rapat ku
baru pergi bertemu Tuhan yang satu.
aku tidak menyesal menjadi peminat utama lakonan mu.
aku tidak menyesal menyemai segala bunga di atas katil mu.
bila tiba hari yang kita sentiasa tunggu.
aku tak menyesal menjadi romantis dengan segala pikir ku.
walau sukar kau faham niat ku.
aku tak sesal kerana mungkin tidak lagi mampu aku
beraksi sebegitu lucu.
aku tak menyesal saat kau jatuh rebah dalam kesakitan
dan memanggil hanya nama ku.
aku tak kesal berlari persis ribut mengejar misi
untuk membawamu ke bilik sakit.
aku tak menyesal bila aku membenarkanmu
mengikut teman bilik itu bersukan
dan tak kesal walau satu yang mungkin itu
yang mengubah hala tuju.
aku tak menyesal kala jerit maki menjadi selalu.
dan tak sesal aku bila kau sudah bercanggah dengan ku.
aku tak kesal....
bila hari itu menjadi hari terakhir antara kau dan aku.
tak ku kesal kerana ego ku berkata begitu.
aku tak menyesal bila kau mula jauh dari ku
dan tak punya sesal bila kau mula ada hidup baru.
aku tak menyesal bila kau jatuh sakit lagi
dan tak kesal bila tahu kau masuk berehat di kamar hospital lalu.
aku tak menyesal kerana bergegas dari kampung halaman ku
dan terus kepada mu.
sedikitpun tiada sesal bila tiba dan di suruh pulang sahaja
kerna dia juga ada di situ dan kau pilih dia dari aku.
aku tak menyesal bila kau mengambil ku
dan kau buang kembali keesokannya.
tak pernah dengan kejadian itu tika tamat pertandingan dan aku pulang bersama mu.
aku tidak mahu ada kesal bila aku jauh dari mu
dan tidak menyesal bila aku kembali dan mencium mu.
aku tidak menyesal menjadi kekasih gelap mu.
tatkala aku tau apa kau dan dia di belakang ku.
aku tak menyesal...
tidak menyesal kerana menghinggapkan jari ku ke pipi mu.
dan hilang akal ku ketika itu.
aku tidak menyesal kerana membutakan mata hati ku.
saat masa hidup ku hampir lupus dengan mu.
aku tidak akan sesal
kiranya ketidaksesalan ku itu
merupakan hanya satu-satunya penyesalan
aku tahu kekesalanku aku hanya untuk kamu.
kamu yang aku jumpa saat takdir hadir.
kamu yang aku selam jiwa saban tahun.
kamu yang aku hilang kerana jalan ku
masih jauh dan kau bukanlah jodoh ku.
mahu apa sesal kalau itu yang aku punya?
itu yang buat aku bahagia.
itu yang mengajar ku tentang cinta.
tentang tangis...
tentang jiwa
tentang bahagia.
mahu apa aku sesal dengan perkara sebegitu indah
yang kau coretkan di dalam sejarah hidup ku.
jadi apa gila aku mahu pilih kesal?
jika itu Senyum ku.
dan mahu sesal apa saat kau tetap yang satu
dan aku gembira jumpa kamu.
kerna tanpa semua itu darimu,
aku pasti kesal sepanjang nyawa ku.


Buat seseorang.

No comments: