matahari terbang tinggi
jalan ku yang masih jauh
sejauh tapak yang di susuri Qaisy ketika
sunyi dia menjejak si Laila.
menentang segala arus ombak yang
sombong
menerjah arah ku dan tidak pernah putus.
aku inginkan setiap saat aku silih berganti
dengan sesuatu yang bisa buat aku tersenyum
tanpa kesal tanpa soalan tanpa apa sekalipun
asalkan kaki terus melangkah
dan terus menyusuri jalan aku yang masih jauh.
datanglah apa jua sekalipun
biar malam biar hujan biar apa sekalipun
matahari tetap akan muncul
bertanya khabar aku
bercerita sambil teman aku yang mungkin haus.
jadi dengarlah kaki kiri ku
jangan kau berhenti bila hati goda tanpa henti
dengarlah kanan, yang kau harapan masa depan
cukuplah hati, mungkin akan lebih bererti
kalau kau berhenti meletakkan 'tetapi'
kerana aku enggan berfikir tentang sangsi
bukan sekarang ketika jalan yang aku lalui
masih jauh dan setia menanti.
Tuesday, April 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment