Monday, April 21, 2008

hey kau!

Hey kau!
ya, kau.
kau yang aku panggil kawan.
Tolehlah.
aku nak bertanya tentang kita.
tentang helai kertas yang semalam
kita tuliskan cerita-cerita suka.
cerita duka tentang kita
yang sentiasa derita.
masih kau ingat lagi kawan?
bangunan tua yang kita lalu dan singgah.
yang kita tanam cerita waktu kita
mula berkenalan.
dantukar akal fikiran.
masih kau ingat lagi bangunan itu kawan?
bangunan itu.
hey!
masih kau ingat pentas kecil itu?
yang kemudian kita sama-sama besarkan
ingat kah kau sehingga ke Istana kawan?
kita besarkan bersama dan kita lakonkan segala
watak dunia.
dengan air mata dan pekat lulur-lulur peluh
kerja yang kita suka.
kita senyum juga tiap kali tamat
pementasan. kau ingat lagi pentas kecil itu kawan?
ya..aku tanya kau kerana kaulah kawan itu.

pedih itu...
tawa itu...
tangis itu...
perasaan itu...
kawan itu.

No comments: