Wednesday, April 09, 2008

datang

aku cerita tentang malam
tentang kabar yang tak datang-datang.
menyorok dalam kegelapan
dan menjerit " bila kau nak datang?"

leceh jugak bila ironi melanda diri
mahu cinta kah aku?
mahu ruang-ruang kosongkah aku?
tapi apa yang pasti,
ironi jugak yang sibuk menari.

mata sudah pinar
semangat makin pudar
hati tunggu mahu hilang segala celupar
tapi tak datang-datang juga kau?

yang ada hanya bayang
datang macam tak datang
akhir-akhir pergi juga dia melayang
entahlah.

aku tanya..." tak boleh kah kau terus datang saja?"
"apa yang susahnya kau malu nak bertandang?"
masuk saja dan tunggu saja aku bersedia.
bila aku sedia nanti kau janji
janji jangan ke mana.

datanglah...
aku sudah cukup bosan.
sudah sampai nak gila.
datang sementara aku belum bersedia
bila sedia, tak perlu aku lena.

No comments: